Saturday, June 27, 2009

Suratan atau Kebetulan...

Bila online tadi, secara kebetulan bertembung dgn aisah di YM, Mungkin satu kebetulan atau memang dah suratan akan bertembung dgn dia...satu keadaan yg memang dah jarang2 terjadi...

Kalau dulu...bertahun2 yg lalu, malam2 begini kami selalu bercerita panjang kat YM bersama kak ani, dan MJ. Kami berborak, bercerita ...bertanya itu dan ini...gurauan dan usikan yg telah melahirkan satu kemesraan. Kemesraan yg sukar utk digambarkan.

Bermula dari perkenalan di siber...dibawa ke alam nyata...bertemu keluarga dan bertandang ke rumah...mesra macam saudara. Rasa kasih dan sayang yg sukar nak diungkapkan...

Yang tinggal kini hanya kak ani dan aisah...MJ pulak hilang tanpa jejak. Sedihnya rasa hati ini kerana tak tau apa sebenarnya yg telah terjadi. Yang ada kini hanya kenangan...

Untuk MJ...walau di mana dan dalam keadaan apa sekalipun MJ berada...nenek sentiasa ingat dan tetap mengharapkan yg terbaik buatmu. Semoga suatu hari nanti, nenek akan mendapat jugak khabar itu...InsyaAllah.

Kak ani dan syah...ini kisah lama kita...satu kisah yg pasti menjadi satu kenangan manis sepanjang meniti usia senja nenek...terima kasih wahai sahabat.

Monday, June 22, 2009

Tak tau nak tulis apa...

Tengah malam yang sunyi...anak2 dah lama tidur...ayah kepada anak2 juga dah lama dibuai mimpi...hehehe...aku sekadar eksesais jari kat keybod ni...

Cuaca malam yang panas...siang lagi ler panas...sibuk dgn fenomena el-nino la ni. Hari ni bos aku gi KL...bentang pada tok2 ketua di sana tentang kesan el-nino ni pada para petani di kawasan muda...

Kat opis masing2 sibuk...buat plan itu dan ini nak menangani kesan el-nino ni. Dan paling sibuk la ni dok proses nak buat pembenihan awan di kawasan tadahan (empangan) atau kalau bahasa mudah ialah tembak awan utk hasilkan hujan sbb nak tampung air di empangan yg semakin cetek. Ermmm...tahun2 kebelakangan ni projek ni mmg menjadi...

Itulah kebesaran Allah...anugerahkan hamba2nya dgn kebijaksanaan...ALHAMDULILLAH

Saturday, May 16, 2009

sekadar coretan...

Langkah kaki ke ofis pagi ini terasa berat sekali. Banyak kerja yg menanti. Minggu lepas hanya sehari saja masuk ofis. Minggu sebelumnya juga sama....arghhhh...

Teringatkan kak hanim yg dah bersara...seronokkan boleh duduk kat rumah...terasa damai dan tenang hari2 yg dilalui...

Dan aku...perlu berfikir banyak kali...kalau benar2 nak duduk kat umah macam kak hanim...hehehe

Wednesday, November 26, 2008

Bila kaki mula melangkah...

Perjalanan pertama ini hanya berbekalkan secebis keinginan...ingin memenuhi permintaan insan2 yang amat nenek sayang supaya nenek menulis di blog sendiri...punya rumah sendiri untuk anak cucu tumpang berteduh menghilangkan penat lelah di perjalanan sepanjang hari...

Hehehe...rumah dibina dengan hanya sedikit modal...tunggulah nanti nenek hiaskan cantik rumah ini...hiasan tangan seorang tua yang tak punya apa2...hanya sekadar kaya pengalaman dan kaya anak juga...ehehhh